Aug 30

Aktiviti Terkini

Program Penanaman Pokok Bakau Semperna Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke – 57 Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh Di Bangunan Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut PIFWA, Sungai Acheh, Nibong Tebal

Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai P.Pinang (PIFWA) bersama Pengetua, Guru dan pelajar Sek.Men.Keb.Sungai Acheh  telah  mengadakan program penanaman pokok bakau serta kempen pemuliharaan alam sekitar bersempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali ke 57.

IMG_4730

IMG_4726

Selain dari aktiviti penanaman pokok bakau, kayuhan basikal bermula dari Tanjung Berembang ke Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut turut diadakan sebagai simbol menyambut kemeriahan Hari Kemerdekaan.

IMG_4696

IMG_4698

IMG_4702

May 15

PIFWA

 

pifwabanner.png

 

Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai PIFWA (Penang Inshore Fishermen Welfare Association) ialah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 1994. Objektif penubuhan ialah menyuara, membincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap nelayan pantai untuk dibawa ke pihak yang berkenaan.

Pendekatan PIFWA sentiasa ingin menghubungkan golongan nelayan pantai yang berlesen ataupun tidak dengan pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan-Jabatan Kerajaan agar masalah yang dihadapi mereka dapat dibawa ke tengah dan penyelesaian dapat dicari. PIFWA juga sangat komited dalam usaha melindungi, memulihara dan mengekalkan ekosistem pinggir pantai.

Selaras dengan usaha kearah memulihara hutan bakau, PIFWA mengambil inisiatif dengan menyalurkan maklumat kesedaran mengenai nilai dan kepentingan terhadap hutan paya laut melalui aktiviti penanaman,kempen dan pameran berkaitan hutan paya laut. Bermula dari tahun 1997 hingga kini PIFWA telah menanam hampir 200,000 anak pokok bakau di sepanjang persisir pantai di daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang.