«

»

Aug 26

Pembabitan Dalam Penanaman Semula Anak Pokok Bakau

Menyedari tentang kepentingan hutan paya bakau sebagai kawasan pembiakan dan penghasilan stok ikan serta sebagai satu tembok pertahanan yang boleh melindungi kawasan pesisir pantai, PIFWA telah menjalankan usaha penanaman semula bakau yang dimulakan sejak awal tahun 90’an dan penglibatan secara langsung bermula pada tahun 1997. Ini bertujuan untuk mengekalkan sumber perikanan dan menjaga alam sekitar. Usaha PIFWA telah mendapat liputan yang meluas oleh media tempatan dan antarabangsa serta sokongan teknikal daripada kumpulan seperti Projek Tindakan Antarabangsa Bakau (Mangrove Action Project International) yang menjadikan PIFWA mula dikenali di peringkat antarabangsa kerana peranannya yang penting dalam usaha memelihara biodiversity terutamanya melalui usaha pemuliharaan ekosistem bakau.

PIFWA telah bekerjasama dengan organisasi antarabangsa, Organisasi bukan kerajaan, kerajaan negeri hinggalah ke peringkat persekutuan dan kementerian. Organisasi dunia seperti Mangrove Action Project (MAP), Pertubuhan Nelayan Pantai Sedunia (WFFP) dan UNDP telah memberi sokongan dalam menangani isu yang berkaitan ekosistem pinggir pantai. PIFWA juga telah mewakili Negara dalam beberapa perjumpaan antarabangsa mengenai isu pembangunan bersepadu pantai (ICZM) dan pembangunan mampan industri Perikanan dan Alam Sekitar. PIFWA juga merupakan pengasas kepada Forum Dunia untuk Orang Laut (World Forum for Fisher People). Sejak PIFWA menjalankan projek penanaman semula bakau sehingga kini PIFWA telah menanam hampir atau telah melebihi dari 100 ribu anak pokok di sepanjang pantai di Pulau Pinang. Selepas peristiwa tsunami, PIFWA mula mendapat perhatian daripada banyak pihak termasuklah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Kini, dengan bantuan dan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan,pihak swasta, Ngo, masyarakat setempat, pelajar serta pelbagai pihak lain PIFWA telah dapat mengembangkan aktiviti penanaman semula bakau di lebih banyak kawasan. Jumlah keseluruhan penanaman kini menghampiri 150,000 pokok bakau.

Antara kawasan yang telah ditanam adalah seperti berikut:-

  1. Sungai Acheh, Nibong Tebal
  2. Sungai Chenaam, Nibong Tebal
  3. Kuala Haji Ibrahim, Sungai Udang, Nibong Tebal
  4. Byram, Nibong Tebal
  5. Pulau Burung, Nibong Tebal
  6. Sungai Sembilang, Juru
  7. Teluk Tempoyak, Batu Maung
  8. Teluk Air Tawar
  9. Kuala Muda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>